Saturday 24 December 2016

BAHASA KELANTAN LAMA 1

Assalamualaikum.

Hari ni mood datang nak update bahasa Kelantan versi lama-lama. Lama tak lamanya hinggakan penulis pun tak faham, kena tanya orang pangkat mak sedara penulis.

1. Ewek - tak elok
   " Napok ewek program" maksudnya Nampak tak elok program.

2. Jebur - botol
  - perkataan ni first penulis dengar dari mulut arwah moyang tiri penulis. Penulis panggil dia Tok Che'Lah. Pulang ke rahmatullah semasa umur hampir 100 tahun. (Sedekahkan alfatihah untuk arwah)

3. Selaris - sokmo, selalu

4. Kemachar - kelas bawah
  " benda ni ore-ore kemachar tak tahu" - benda ni orang-orang kelas bawah tak tahu. (masa sebut char tu hidungkan sikit)

Akan bersambung lagi..
Semoga bermanfaat

Monday 28 November 2016

Baiki TV

Melepaskaaaaanmu..
Bukan mudah bagiku untuk melalui semua iniiiii...
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati...

Aku bukan nak menyanyi sampai habes sebenarnya.. saja datang mari mood Suhaimi Sufian.

Ekceli hari ni aku saja nak mesrakan hati baby taknak bagi marah aku lagi sebab aku taknak balik kampung.
Bukannya aku taknak. Nak balik juga nak jenguk mertua kan. Nanti kecik pulak hati orang tua tu.

Aku nak balik 4 hari je cukuplah.. baki hari lagi tu sebab nak duk sini nak cari rezeki la.. buat homestay ke buat kelas tuisyen je.. ishhh.. banyak nak kena guna duit sekarang musim GST ni... (cis jibby) .

I.S.S.J = ini semua salah jibby!

Tetiba.

K lah aku nak bagi info skit.
Hakak2 abam2 yang nak baiki tv area Panji Kota Bharu Pengkalan Chepa, malas nak gi area Berek 12..

Haa korang boleh pergi cari dekat kedai Pakcik Halim ni.

Lokasinya dari Sekolah Keb Panji tu ko drive terus hingga sampai (kotej?)Asia Pacific Training ..

Pastu kedai tu terletak beberapa langkah dari Asia Pacific tu..

Nati kalau aku rajin aku tepek gambar ye.

Adioss

Friday 11 September 2015

BAGAIMANA CARA MENJANA KEUNTUNGAN DENGAN EMAS?

1. Beli emas dan simpan
2. Jadikan emas sebagai simpanan jangka panjang
3. Simpan emas sekurang-kurangnya untuk tempoh 2-3 tahun
4. Tukarkan duit kertas anda kepada bentuk emas
5. Jual emas bila nak pakai duit je
6. Harga emas sentiasa naikdalam jangka panjang. Jadi usah risau kerugian. Untuk jangka panjang kita sentiasa untung.
7. Beli dan Jual emas - prinsipnya beli waktu harga emas turun dan jual bila harga emas naik. BUY LOW SELL HIGH
8. Setkan harga anda dengan buat belianemas pertama sebagai benchmark. Jika harga emas rendah dari harga emas belian pertama anda, anda beli.
Jika sebaliknya, anda jual.
9. Berniaga sambil simpan emas - cara paling cepat untung dalam pelaburan emas adalah berniaga emas sambil simpan emas,
Pelabur emas hanya untung bila harga emas naik tapi peniaga emas untung bila harga emas turun dan harga emas naik.


Your Trusted Dealer,
awanmulagold
012 9829082

TIPS MUDAH MENGENALI EMAS PALSU

1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan warna, maka emas tersebut mungkin palsu.

2. Dengan lembut, cucukkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut (untuk emas 999)

3. Letakkan barang kemas anda hapir dengan magnet. Emas tulen tidak mempunyai sifat magnetik. Tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau platinum.
Jika anda rasa barang kemas tu lekat pada magnet, kemungkinan ianya palsu..

4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan sahaja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasaannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750 atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah seperti orang berlari, bentuk rumah dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.

EMAS UNTUK SIMPANAN

1. Contoh terbaik untuk membantu anda tentang kepentingan emas adalah memberi perbandingan antara ASB dan Tabung Haji dengan simpanan EMAS FIZIKAL.

2. Kenapa nak simpan dalam ASB?
Sebab nak memaksimakan simpanan wang kita.
Kenapa kita nak simpan dalam Tabung Haji? Sebab nak buat simpanan untuk pergi Haji.

3. Tahukan anda dengan menukarkan wang kertas anda ke dalam bentuk emas ada dua senario yang akan terjadi:

- Simpanan dalam bentuk emas fizikal lebih menguntungkan.
Mengikut perkiraan sekurang-kurangnya 3 kali ganda lebih menguntungkan dari ASB.

- Simpanan untuk menunaikan fardhu Haji akan mencukupi dengan LEBIH CEPAT.
Mengikut perhitungan saya kalau anda simpan 800gram emas sekarang, InsyaAllah anda akan dapat menunaikan haji dalam tempoh 3 tahun lagi.

4. Katakan anda ada anak berusia 1 tahun dan nak buat tabungan menggunakan cash RM3500 bsgi tujuan pelajarannya untuk masuk ke universiti 17 tahun kemudian.
Rasa-rasanya cukup ke tak cash RM3500 + dividen selepas 17 tahun bagi tujuan tersebut.

5. Bagaimana pula jika anda menukarkan RM3500 itu ke dalam bentuk emas (sekarang dapat la dalam 20gram emas goldbar)...rasa-rasanya dalam tempoh 17 tahun akan datang berapa nilai emas tersebut? Cukup ke tak? kalis inflasi tak....menurun ke makin naik? tepuk dada tanya hati


Kredit: Perkongsian Grup


JIKA ANDA MAHU LAGI INFORMASI YANG LEBIH DIPERCAYAI OLEH SEMAKIN RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI KESEDARAN TENTANG SIMPANAN EMAS FIZIKAL, SILA KLIK SAYA MAHU JADI PENYIMPAN EMAS FIZIKAL

atau hubungi saya secara direct
Whatsapp awanmulagold
012.982.9082

9 TIPS BERGUNA SEBELUM TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN EMAS

1. Tengokmodal perniagaan tu..mampu milik ke tidak..
Powergold menyediakan pakej keahlian serendah RM350 , ada RM450 untuk anda layak membeli dengan harga ahli..
bukan itu sahaja, pabila anda beli pakej SOLID GOLD dengan harga RM450, anda akan dapat sekeping suku dinar yang berharga RM192.85 (harga hari ni)


2. Pilih syarikat yang jujur dan amanah. Kenali ownernya.

3. Pilih yang mudah dan memudahkan urusan jual beli emas..Ingat..bila anda beli emas, pastikan anda dapat menggenggamnya dalam genggaman anda..

4. Tengok kegiatan syarikat dan ahli, dari segi perkongsian ilmu emasnya.
Di powergold, kami mengikut trend semasa yang lebih pantas. Kami ada grup sendiri yang akan membantu ahli-ahli dalam pertanyaan tentang emas, jual beli emas semula bila anda nak pakai duit..

Mestilah kita nak berurusan dengan orang yang kita percaya..

5. Tengok leaders syarikat tu bagaimana dalam menyampaikan ilmu tentang emas, ada krediliti ke tidak..

6. Fikir sejenak..adakah berbaloi jika anda menyertai syarikat ni sebagai ahli untuk simpanan sahaja, atau nak niaga emas atau nak kembangkan lagi empayar bisnes anda?

7. Tengok spread harga beli balik emas dari syarikat tersebut.
adakah rendah atau tinggi?

Jangan tengok harga jualannya yang nampak seakan murah..kerana SPREAD tu yang lebih penting ya.

8. Pastikan syarikat itu mempunyai kilang sendiri. Jika bukan pengilang emas, maka emas yang dijual akan mahal sedikit.

9. Saya pilih POWERGOLD kerana:
ada kilang sendiri
kos upah murah
pelbagai bonus jualan yang ditawarkan
owner yang dikenali
...dan bayar zakat... :) 
 Click SAYA MAHU TAHU LEBIH LANJUT  sebelum anda membuat keputusan membeli emas..

atau hubungi saya directly;

Whatsapp
awanmulagold
012. 982. 9082